About Me

My photo
Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan Darul Naim, Malaysia
KELANA BERKALIBER TERAS PEMBANGUNAN UMMAH

Friday, April 29, 2011

Kursus Lencana Kemahiran - Unit PK

Pada 5-7 Mei 2011 akan berlangsung Kursus Lencana Kemahiran di Kem Jeram Pasu. Bayaran sebanyak RM 15 hendaklah dijelaskan melalui Bendahari Eksekutif (Muhammad Naim b. Mohd Pauzi) atau Naib Bendahari (Nurul Atiqah bt. Abdul Malek). Penginapan dan makanan diuruskan oleh peserta sendiri. Sila bawa pakaian secukupnya (uniform lengkap diwajibkan), beras, telur, sardin. Kepada semua ahli, sila sahkan kehadiran anda melalui Setiausaha Kehormat (Muhammad Husaini b. Muhd Affendy ) sebelum hari Isnin (2 Mei 2011). Pengangkutan tidak disediakan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pengerusi (Tengku Muhd Ameer Firdaus b. Tuan Mahmud Fikri). Harap maklum.

"Kelana Berkaliber Teras Pembangunan Ummah"

Wednesday, April 27, 2011

Kursus Lencana Keris Gangsa - Unit PKK

Kursus Lencana Keris Gangsa (PKK) telah diadakan di Kem Kijang pada 24-26 April 2011. Jumlah peserta yang hadir seramai lebih kurang 540 ahli dari seluruh negeri Kelantan. Kursus ini merupakan kursus yang julung kalinya diadakan di peringkat negeri. Seramai enam ahli dari Kelana Petra dilantik sebagai jurulatih pada kursus kali ini. Mereka ialah:
  1. Tengku Muhd Ameer Firdaus b. Tuan Mahmud Fikri 
  2. Ahmad Fahmi b. Bustary
  3. Muhammad Husaini b. Muhd Affendy 
  4. Muhammad Naim b. Mohd Pauzi 
  5. Nurul Atiqah bt. Abdul Malek
  6. Muhamad Aliff Afifi 
Barisan ahli Kelana yang terlibat

Anak burung depan bilik 310

Sarapan pagi



Hari kedua - sebelum Laung Agung



Dalam pejabat - susun nota


Majlis penutup - ketibaan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan

Sunday, April 17, 2011

BERKAYAK 2011

PERHATIAN!!!!

Kelana petra akan mengadakan aktiviti berkayak pada 6-7 MEI 2011 bertempat di Pulai Melaka.Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 16-18 tahun.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi krew Aiman di talian 013-3137432.Pendaftaran perlulah dibuat sebelum 24 APRIL 2011.Pendaftaran adalah TERHAD.

"PENGALAMAN SATU KEPERLUAN" 

Thursday, April 7, 2011

Kursus Keahlian dan Kem Pengenalan

Baru-baru ini, satu perkhemahan telah diadakan bertempat di Kem Kijang. Seramai 17 orang ahli terlibat termasuk petugas. Perkhemahan tersebut bertujuan bagi menerapkan kemahiran asas kepengakapan kepada semua ahli baru. Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi mengeratkan hubungan persaudaraan sesama pengakap seperti Ceramah, Kawad Kaki, Ujian, Halangan Komando, Ekspidisi, dan lain-lain yang pastinya mencalitkan 1001 kenangan kepada semua ahli yang hadir.

Kenangan Malam Pertama (26 Mac 2011)


Hari Kedua - Ekspidisi (27 Mac 2011)
Hari Terakhir (28 Mac 2011)
 


Diharapkan perkhemahan ini diteruskan pada masa akan datang. Insya Allah.

Friday, March 11, 2011

Makluman

Pendaftaran dan pembayaran perkhemahan boleh dibuat melalui Urusetia Pendaftaran, Pengisian & Aktiviti :

Ahmad Fahmi b. Bustary
Muhammad Aiman b. Arifin

Pendaftaran selewatnya pada 19 Mac 2011.
Perjumpaan pada 21 Mac 2011 jam 1400 di Ibu Pejabat
Pekhemahan bermula 26 Mac 2011 sehingga 28 Mac 2011 di Kem Kijang, PCB


p/s:    sila daftarkan diri di kem kijang seboleh-bolehnya sebelum 1430 sertakan borang kebenaran sekali

Thursday, March 10, 2011

MEMO

Satu perjumpaan akan diadakan pada 21 MAC 2011 (Isnin) jam 1400 di Ibu Pejabat (Jalan Kuala Krai). Semua ahli diminta hadir pada hari tersebut kerana ada taklimat khas sebelum Kursus Keahlian & Kem Pengenalan diadakan pada 26-28 MAC 2011. Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui petrarover@yahoo.com atau komen di sini. Harap maklum.

Mana-mana belia yang berminat untuk menjadi ahli Kelana dialu-alukan supaya hadir pada hari tersebut.

"Kelana Berkaliber Teras Pembangunan Ummah"

KETUA KREW
ameer93_scout@yahoo.com

PENGENALAN KELANA

APAKAH PENGAKAP KELANA ?

Pengakap Kelana adalah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara umur 17 tahun setengah hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.

Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan diserata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli -ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.


SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA

Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai anisiatif oleh Lord Baden-Powell ( BP ) untuk pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.


Rover Moot 1939

Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu Perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap.

Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripda sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa.

Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujukan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama di tubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan pengakap berkembang ke Tanah Melayu.

Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakkan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia.

Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada 1918, nama ini telah ditukar kepada Rover Scouts atau Pengakap Kelana.