About Me

My photo
Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan Darul Naim, Malaysia
KELANA BERKALIBER TERAS PEMBANGUNAN UMMAH

Wednesday, February 23, 2011

Borang Pendaftaran Kelana

Sila muat turun borang-borang ini kemudian hantarkan ke petrarover@yahoo.com
Borang Pendaftaran Kelana
Borang Keahlian
Keahlian ahli baru dibuka sepanjang tahun.

RANCANGAN AKTIVITI KELANA (B) PETRA 2011

Aktiviti utama:
MAC
Perkhemahan Pengenalan
APRIL
Berkayak
MEI
Perkhemahan Tahunan
OGOS
Majlis Berbuka Puasa
DISEMBER
Majlis Makan Malam

Selain aktiviti utama seperti yang tertera di atas, aktiviti sampingan juga akan diadakan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Antara contoh aktiviti sampingan ialah:
  • perjumpaan bulanan
  • khidmat masyarakat  

KETUA KREW
ameer93_scout@yahoo.com

Monday, February 21, 2011

Aktiviti Terdekat

InsyaALLAH pada bulan Mac ini, akan diadakan satu perkhemahan bertujuan memberi pemahaman kepada semua ahli berkenaan Pengakap Kelana. Setakat ini, masih belum ada tarikh dan lokasi yg tetap lagi.

Sukaciat dimaklumkan permohonan utk menjadi ahli masih dibuka jadi kepada mana-mana individu yg berminat boleh menghubungi kami melalui emel petrarover@yahoo.com

KETUA KREW
ameer93_scout@yahoo.com

Sunday, February 20, 2011

Saturday, February 19, 2011

Laporan Aktiviti Terbaru

15 Rabi'ulAwal 1432 / 18 Februari 2011
Satu mesyuarat antara AJK telah diadakan di Kem Kijang bermula jam 1600 dan tamat dengan jayanya pada jam 1750. Antara perkara yang dibincangkan tadi adalah perancangan aktiviti tahunan, membuka keahlian, rombakan AJK, makluman yuran dan hal-hal berbangkit. Mesyuarat dihadiri oleh 8 daripada 12 orang AJK.

Yuran tahunan seperti yang diumumkan oleh Bendahari Krew tadi adalah sebanyak RM 15 sahaja.
Pendaftaran keahlian akan dilaksanakan oleh semua AJK pada peringkat awal jadi kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi kami atau emel (petrarover@yahoo.com). Penyertaan terbuka kepada semua belia tanpa mengira bangsa dan agama.

KETUA KREW
ameer93_scout@yahoo.com

Friday, February 18, 2011

MATLAMAT PENGAKAP KELANA

  • memperkenalkan kerakyatan yg aktif
  • memberikan perkhidmatan kpd masyarakat & negara
  • melengkapkan ahli2 dgn cabaran & peluang utk meningkatkan kebolehan diri sendiri
  • membolehkan ahli2 melengkapkan diri mereka dgn kehidupan yg lebih memuaskan & berfaedah
  • mengambil bahagian dgn aktif dlm peningkatan pergerakan Pengakap
BUKU PANDUAN DAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA

Undang-undang & Persetiaan Pengakap

UNDANG-UNDANG
1.Dipercayai
2.Taat
3.Berguna
4.Bersaudara
5.Berbudi
6.Kasihkan Binatang
7.Menurut Perintah
8.Tabah Hati
9.Berjimat
10.Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan

PERSETIAAN
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan:
Taat kepada Tuhan, raja dan negara
Menolong orang setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

Monday, February 14, 2011

RANCANGAN AKTIVITI UNIT LATIHAN / SUMBER DEWASA DAN PROGRAM 2011

Jun
16-18 Kursus Lencana Kemahiran Pengakap

Julai
28-30 Kursus Lencana Perkhidmatan Pengakap

September
4-6 Kursus Lencana Pengembaraan
22-24 Kursus Lencana Kepimpinan
November
27-30 Kursus Pentarafan Anugerah BP

PENGENALAN KELANA

APAKAH PENGAKAP KELANA ?

Pengakap Kelana adalah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara umur 17 tahun setengah hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana.

Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan diserata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli -ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.

Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.


SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA

Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai anisiatif oleh Lord Baden-Powell ( BP ) untuk pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.


Rover Moot 1939

Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu Perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap.

Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripda sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa.

Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujukan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama di tubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan pengakap berkembang ke Tanah Melayu.

Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakkan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia.

Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada 1918, nama ini telah ditukar kepada Rover Scouts atau Pengakap Kelana.